Sistem Pelajaran Silat_Gerak_Lintar_Sari

Sebelum mempelajari silat ini, murid dikehendaki meminum teh yang telah ditawarkan. Murid disyaratkan berpuasa tiga hari berturut-turut dan pada hari ketiga mereka tidak dibenarkan tidur atau makan langsung serta melaksanakan amalan yang telah diberikan. Murid juga akan diberi amalan yang dinamakan Ayat Tiga yang dengan izin Allah jika seseorang beramal dengannya dikatakan boleh beroleh kebal, ghaib atau tembak tidak lut.

Syarat meminum teh terbahagi kepada tujuh peringkat atau tujuh kali di mana setiap peringkat disertakan dengan syarat dan amalan tersendiri. Selesai peringkat ke tujuh, murid dikenakan ujian seperti mandi minyak dan ditetak dengan parang. Selepas itu murid akan diajar ilmu ‘kaji Haq’ yang memakan masa tujuh tahun untuk tamat.